Angkatan Tentera Imperial Jepun

Angkatan Tentera Imperial Jepun

Bendera Imperial Jepun
Diasaskan 3 Januari 1868[1]
Dibubarkan November 1945
Cabang khidmat * Tentera Darat Imperial Jepun

Pasukan separa tentera:

Ibu pejabat Markas Besar Imperial
Kepimpinan
Maharaja Jepun Meiji (1868–1912)
Taishō (1912–1926)
Hirohito (1926–1945)
Pengerahan 18–35
Rencana berkaitan
Sejarah Sejarah ketenteraan Jepun
Pangkat Pangkat tentera darat
Pangkat tentera laut

Angkatan Tentera Imperial Jepun (Imperial Japanese Armed Forces atau IJAF) ialah gabungan angkatan bersenjata Empayar Jepun. Ditubuhkan semasa era Pemulihan Meiji pada tahun 1868,[1] ia telah dibubarkan pada tahun 1945, sejurus selepas kekalahan Jepun kepada Pihak Bersekutu; penyemakan semula Perlembagaan Jepun, digubal semasa pendudukan pihak Bersekutu ke atas Jepun, menggantikan IJAF dengan Angkatan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) yang terkini.[2]

Tentera Darat Imperial Jepun (IJA) dan Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) berfungsi sebagai cabang utama tentera IJAF, dengan kuasa udara empayar dipecahkan antara Angkatan Udara Tentera Darat dibawah IJA dan Angkatan Udara Tentera Laut dibawah IJN.

  1. ^ a b "One can date the 'restoration' of imperial rule from the edict of 3 January 1868." Jansen, Marius B. (2000). The Making of Modern Japan. Cambridge: Harvard University Press. p. 334.
  2. ^ "Chronological table 5 1 December 1946 - 23 June 1947". National Diet Library. Dicapai pada September 30, 2010.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search